13 Jun 2022: Refleksi "DDR & Nilai"
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ini merupakan kelas pertama saya dan rakan-rakan bersama Dr.Rosseni. Disebabkan ini kelas pertama kami bersama, saya sering tertanya-tanya bagaimanakah cara atau teknik Dr mengajar dan ini membuatkna saya amat teruja untuk memasuki kelas Dr.Rosseni. Kelas pada hari ini dimulakan pada jam 2 petang di mana ia sejam awal daripada waktu biasa kelas kami. Ini kerana Dr.Rosseni sedang berada di tanah air suci. Waktu di tempat Dr adalah 9 pagi manakala di Malaysia 2 petang dan untuk kelas pada hari ini terdapat 8 daripada 9 orang pelajar sahaja yang hadir. Bagaimanapun, kelas tetap diteruskan seperti biasa dan disini bermula lah sesi pembelajaran kami bersama Dr.Rosseni.
Kelas pada hari ini, Dr memberitahu bahawa beliau akan mengajar 8 topik dan waktu itu saya amat terkejut dan mulai tertanya-tanya bagaimana untuk belajar 8 topik dalam masa yang singkat. Saya rasa perkara ini bukan hanya mendatangkan tanda soal kepada saya sahaja, malah kepada rakan sekelas saya juga. Selepas itu, Dr mempamerkan skrin komputernya dan menerangkan setiap topik dan subtopik yang bakal kami pelajari melalui blog nye sendiri iaitu https://rosseni.wordpress.com/. Terdapat banyak bahan mengajar dan bacaan yang boleh diguna pakai untuk pembelajaran. Maka, saya dan seorang lagi rakan kelas saya telah mengongsikan gambar dan link pautan blog Dr.Rosseni ke dalam Telegram kelas kami.
Topik yang kami pelajari pada hari ini ialah mengenai Modul Penyelidikan Reka Bentuk & Pembangunan Media (DDR) dan juga Modul Nilai. Berikut adalah 5 topik untuk modul penyelidikan reka bentuk & pembangunan media (DDR);
Topik 1: Pengenalan Penyelidikan Pembangunan Media
Topik 2: Model ID – Model Reka Bentuk Pengajaran & Pembelajaran
Topik 3: Teori Pembelajaran
Topik 4: Strategi Pembelajaran Bermakna
Topik 5: Kaedah Pembelajaran Berorientasikan Masalah & Berasaskan Projek
Modul Nilai untuk 3 topik asas:
Topik 1: Pendidikan Teknologi Disepadukan Nilai
Topik 2: Pendidikan Disepadukan Nilai
Topik 3: Nilai dalam Pembentukan Masyarakat Sejahtera
Ini lah merupakan topik yang kami belajar pada hari ini. Namun setiap topik ini Dr memberi penerangan secara ringkas sahaja. Bagi topik 1, Dr memberi penerangan mengenai pengenalan penyelidikan pembangunan media. Di mana Dr menerangkan bahawa terdapat 8 jenis kecerdasan dan 5 komponen bermakna. Malah, beliau juga berkata setiap bentuk media harus lah boleh diguna pakai oleh semua, bukan buat segelintir orang sahaja. Beliau juga memberi contoh seperti jikalau hanya tangga sahaja yang disediakan, bagaimana orang yang kurang upaya atau sakit hendak menaiki ke tingkat atas? Maka, lif perlu lah ada bagi memastikan semua orang boleh mengguna pakai. Apabila Dr memberi contoh seperti ini membuatkan saya terpegun dan mudah memahami apa yang disampaikan oleh Dr.Rosseni.
Beliau juga menerangkan mengenai Model ID. Dimana terdapat pelbagai jenis model yang boleh diguna pakai seperti ADDIE, ASSURE dan macam-macam lagi. Semasa ini, Dr turut bercerita kisah beliau menjalankan kajian menggunakan Model PRESSMAN dan Model RENGKAS (Reka Bentuk Universal dan Pembangunan). Dr juga menerangkan mengenai lapisan model, di mana daripada 6 fasa menjadi 4 fasa. Lapisan model UDIN ini merupakan sesuatu yang diguna pakai dari srgi pembangunan dan pendidikan. Ini dapat dilihat ia memberi fokus kepada 2 perkara itu. Pada awalnya, saya kurang jelas mengenai model ini dan meminta Dr memberi penerangan sekali lagi. Saya amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Dr kerana saya berjaya memahami konsep yang disampaikan oleh Dr. Kemudian, masuklah ke teori pembelajaran. Disini Dr tidak menjelaskan kepada kami kerana terlalu banyak yang perlu difahami, maka Dr meminta kami membaca topik ini sendiri. Beliau juga menerangkan mengenai strategi pembelajaran utama. Dimana terdapat 5 elemen penting iaitu Aktif, Konstruktif, Kooperatif, Autentik dan Bermatlamat. Elemen ini diguna pakai bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan dengan jayanya. Guru dan pelajar boleh menggunakan elemen ini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selepas itu, masuklah ke kaedah pembelajaran di mana buat pertama kali saya mendengar mengenai “POPEYE”. Ini merupakan satu kaedah bagi pelajar di mana pelajar diberi peluang untuk menyediakan bahan dan menyelesaikan masalah dengan sendirinya. Contoh yang diberi oleh Dr seperti, jikalau pelajar hendak mengkaji mengenai kehidupan dan pembelajaan pelajar di kampus, maka pelajar perlulah mengkaji situasi tersebut. Bagi topik Nilai, Dr memberi peluang kepada kami untuk membaca dengan sendirinya. Selepas saya selesai membaca kesemua topik mengenai nilai. Terdapat banyak jenis nilai yang tanpa saya sedari sudah lama saya pelajari seperti nilai dari segi pendidikan, ibu bapa, guru dan masyarakat. Nilai ini telah dipupuk lama namun disebabkan wujudnya generasi yang lain penerapan nilai ini semakin nilai. Namun kita perlulah berusaha memupuk diri kita dengan nilai.
Selepas saya selesai baca dan pelajari setiap topik ini, saya dapati banyak perkara baharu yang saya pelajari. Sebelum ini, saya kurang mengetahui mengenai model-model dalam pembangunan dan pendidikan. Namun setelah saya pelajari, saya sedar bahawa kebanyakan guru menggunakan model-model ini untuk memastikan pembelajaran berjalan dengan jayanya. Saya yakin bahawa setiap topik yang saya pelajari ini dapat membantu saya pada masa yang akan datang walaupun saya bukan lah seorang guru namun apabila saya pelajari semua ini, sedikit demi sedikit saya mulai faham dan teruja untuk menggunakan model dan nilai yang telah saya pelajari ini. Bukan itu sahaja, saya berpendapat bahawa dengan mempelajari semua ini, pelajar akan tersentuh dan menjadi aktif di dalam kelas. Seperti pengalaman saya sewaktu menjadi guru pelatih, pelbagai idea dan cara saya cuba lakukan bagi memastikan pelajar saya dapat memahami setiap yang diajar dan sentiasa aktif. Namun saya sedar bahawa hanya segelintir sahaja yang memahami dan saya berpendapat jikalau saya mempelajari semua ini lebih awal, pasti saya akan dapat menerap dan mengguna pakai di dalam kelas saya.
Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan pembelajaran saya bersama Dr.Rosseni. Walaupun beliau tidak berada di Malaysia, namun beliau tetap berusaha menjalankan tugasnya sebagai seorang pensyarah. Saya berharap semoga segala urusan beliau dipermudahkan. Maka, ini sahaja lah refleksi saya pada hari ini.
Telah berkata Ibn Abbas RA: “Aku merendah diri ketika menuntut ilmu maka aku dimuliakan ketika diminta mengajarkan ilmu”

27 Jun 2022: Refleksi Model UDin@Rengkas
SAQAssalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi kelas pada hari ini ia berjalan seperti biasa dan bermula pada jam 2 petang. Namun kami tiada pembelajaran secara di dalam talian. Dr Rosseni memberi tugasan untuk kami membaca dan memahami Model UDin@Rengkas dengan lebih mendalam dan jikalau terdapat sebarang soalan yang hendak dikemukakan maka kami boleh bertanyakan soalan melalui aplikasi “Telegram” sahaja.
Dalam Model UDin@Rengkas ini mempunyai 4 jenis fasa iaitu
Topik 8: Pembangunan Media Fasa 1: Analisis & Kebolehlaksanaan
Topik 9: Pembangunan Media Fasa 2: Reka Bentuk & Pembangunan
Topik 10: Pembangunan Media Fasa 3: Implementasi & Penyenggaraan
Topik 11: Pembangunan Media Fasa 4: Impak & Permodelan
Jadi selepas selesai mendalami konsep Model UDin ini, saya mulai memahami proses yang berlaku bagi setiap peringkat. Pada fasa pertama, ia menerangkan mengenai analisis dan kebolehlaksanaan. Pada peringkat ini ia mengaitkan dengan situasi yang dialami pada masa kini iaitu e-pembelajaran. Seperti yang kita tahu, e-pembelajaran merupakan satu cabaran baharu buat pengajar dan pelajar. Dapat kita lihat, pelbagai jenis model yang telah dikemukan agar ia dapat menyelesaikan segala isu yang mendatang. Namun dalam pada masa yang sama terbentuklah Model UDin@Rengkas yang dikenali sebagai Universal Design for Agile Development atau model Reka Bentuk Sejagat dan Pembangunan Tangkas. Ia merupakan satu model reka bentuk, pembangunan media ,sistem pembelajaran dan pengajaran bantuan computer. Melalui kajian ini juga wujudnya juga SWOT iaitu S (Strength), W (Weakness), O (Opportunity) dan T (Treat). Sebelum kita membangunkan produk baharu kita perlulah mengambil kira setiap elemen ini dan mengikut setiap prosedur agar dapat memberi tumpuan dan melengkapkan sistem yang direka bentuk bagi pembelajaran pada masa kini. Malah, analisis literatur juga boleh diguna pakai untuk mengenal pasti setiap lompong didalam sesuatu kajian. Selepas itu, analisis dokumen dan interaksi boleh dijalankan bersama agar boleh diguna pakai sebagai panduan. Terdapat beberapa langkah yang perlu dititikberatkan dalam membuat sesuatu kajian mahupun sistem baharu. Pertama, dari segi Analisis Keperluan Sistem atau Media. Ia hendaklah bersifat kualitatif dimana bilangan responden hanya dalam skala kecil dalam anggaran 10 hingga 30 orang pelajar. Analisis ini perlu juga diambil kira dari segi objektif, sasaran, konsep, kandungan, strategi, perisian, pelantar, dan juga kos. Setiap perkara ini perlu dititikberatkan.
Seterusnya, merupakan fasa kedua dimana ia menerangkan mengenai reka bentuk dan pembangunan. Seperti yang telah dijelaskan, model UDin ini merupakan salah satu model yang menekankan mengenai reka bentuk dan pembangunan media. Dalam fasa ini, ia lebih kepada instrument kajian dan menerangkan cara membangunkan instrumen. Bukan itu sahaja, ia juga melihat dari aspek reka bentuk media pengajaran, pembangunan media, penilaian dan ujian kebolehgunaan. Di dalam fasa ini juga terdapat lima elemen tersebut adalah Kandungan, Teori, Strategi, Pedagogi dan Nilai. Elemen ini perlulah mengikut kesesuaian media yang hendak didirikan. Ia bagi menguji dan menyemak setiap proses reka bentuk yang hendak dijalankan. Ini dapat dilihat apabila membentuk sesuatu media kita perlu lah memastikan ia boleh diguna pakai dengan baik dan pengkaji tidak mereka sesuatu sesuka hati, bak kata Dr.Rosseni melalui penulisannya “Syok Sendiri.” Apabila saya membaca perkataan itu, ia memberi kesedaran bahawa terdapat sesetengah pengkaji yang membangunkan media namun tidak mengambil kira dari beberapa aspek dan menyebabkan ia tidak mendatangkan hasil. Ini kerana apabila kita melakukan sesuatu, kita pasti mahu melihat hasilnya dan daripada situ ia akan membina semangat dan kita ingin terus lakukan yang lebih baik.
Kemudian, masuklah ke fasa 3 dimana ia menerangkan mengenai implementasi dan penyenggaraan atau lebih senang untuk difahami ianya bermaksud penyenggaraan sistem. Seperti yang kita tahu, sebelum mewujudkan media pembelajarana, ia perlulah melalui ujian teknikal. Apabila ujian teknikal telah dilaksanakan maka ia media tersebut sudah bersedia untuk diguna pakai. Di samping tu, dalam fasa ini, pengkaji perlu memastikan media pembelajaran itu sentiasa mengikut peredaran masa. Seperti yang kita dapat lihat, dimana pada masa dahulu sekolah menggunakan aplikasi Frog VLE namun apabila berlakunya peredaran masa, wujudnya aplikasi “Google Classroom” sebagai medium pembelajaran secara dalam talian.
Fasa keempat adalah mengenai Impak dan pemodelan. Ia tertumpu kepada model e-pembelajaran hybrid. Dimana ia dilihat melalui dua aspek iaitu pengukuran sistem e-latihan hibrid atau hybrid e-training system (HiTs). HiTs ini mempunyai beberapa elemen iaitu dari segi kandungan pembelajaran (content),penyampaian (delivery), struktur (structure), perkhidmatan (service) dan hasil (outcome). Kedua, e-latihan bermakna. Dimana ia juga melihat dari beberapa aspek iaitu pembelajaran konstruktif (constructive), pembelajaran aktif (active), dan pembelajaran autentik iaitu asli (authentic). Dalam fasa ini juga, ia menerangkan bagaimana proses pelaksanaan kajian dilakukan. Ini dapat dilihat dimana apabila setiap maklumat dan data telah dikumpulkan ia akan dimasukkan dalam perisian SPSS bagi menganalisi data, melihat kebolehpercayaan dan ujian alfa Cronbach. Setiap Langkah perlulah diikut bagi memastikan ia boleh diguna pakai dalam sesuatu kajian.
Banyak yang saya pelajari melalui topik pada hari ini. Model UDin@Rengkas ini amat membantu bagi pengkaji atau pengajar yang ingin mendirikan media pembelajaran. Disebabkan keadaan semasa, pembelajaran dalam talian sering diguna pakai dan seperti kita lihat terdapat banyak pengajar yang berusaha memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Saya amat tertarik apabila melihat pelbagai elemen dan aspek yang diguna pakai seperti model pengukuran HiTs dan e- Latihan bermakna, dimana ia menerangkan setiap elemen penting yang perlu diambil kira. Bahkan, Model UDin ini dan setiap fasa yang diterangkan oleh Dr.Rosseni melalui penulisannya membuatkan saya tertarik dengan Model ini. Melalui bacaan ini juga banyak ilmu baharu yang saya dapati dan saya berharap setiap ilmu ini dapat saya manfaatkan buat diri sendiri dan juga bersama yang lain. Di akhir penulisan saya ini, ingin saya selitkan dalam sesebuah hadith tentang keutamaan ilmu pengetahuan dalam Islam, dimana Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga."